Wednesday, April 29, 2015

Hong Kong - Last Day

Lebih sebulan bertangguh entry Last Day in Hong Kong. Update tak, baca blog orang lain pun tak. Bertambah busy bila awal bulan April haritu ada pergi short trip ke negara jiran dengan Mimi. Macam biasa asal nak cuti je mengalahkan nak ambil cuti pergi haji. Dapat pula notice dari upper management suruh packing barang sebab nak renovate office. Mana nak kejar deadline kerja, nak sorting, nak packing. Sumpah! Kemas bilik sendiri pun tak serajin ni. Masuk je ofis semula pun tetap dengan aktiviti packing & loading. Tapi honestly lah, kalau tak pasal renovate ni, sampai ke sudah kami takkan tau ada berlambak documents zaman majapahit ada kat dalam almari tu. Imagine documents tahun 2000 pun ada lagi. Memang laju la tangan kami ni melantingkan. Tapi worry not, kakjem tetap tanya kabar kawan kawan blog kakjem even belum ada kesempatan baca belog dorang. Cewahh. Ke dorang yang kena dengar keluhan hati kakjem?

Ok back to the topic please. entry last day kami di Hong Kong selepas malam tu kami took turn untuk packing beg due to our spacious room. Hehe. Entry kat sini ye.

Since our flight was at 8.50pm, we woke up pretty late than usual. In fact Mimi pun dah beri sepatah dua pesanan kepada yang lagi dua orang tu untuk pandai pandailah bawak diri dan meet us back at the guesthouse around 4pm later. Since kitorang dah arranged untuk guna service transfer dari guesthouse ke airport, kitorang tinggalkan je beg kat receiptionist after checking out. 

Tanpa hala tuju kitorang berjalan je sekitar kawasan guesthouse. Masuk satu shopping mall kat area situ. Namanya i-Square. Khabarnya ada 8 tingkat untuk shopping sahaja & the rest ada hotel juga. Tapi pelik sikit susunan escalator & lift dia. Contoh tau: Dari ground floor ada escalator untuk naik ke atas tapi bukan ke  1st floor. Straight ke 2nd floor. Untuk ke 1st floor pandai pandai la cari escalator lain atau naik lift yang ada akan berhenti kat floor tu. Hah lebih kurang gitu lah. We ended up at Starbucks.  Konon nak cari floor yang ada banyak restaurants tapi memang sampai ke sudah tak jumpa.

Tak lama we all kat sini. Bergerak pula ke CKE shopping mall. Entrance dia lagi kelakar. Terus naik escalator. Betul-betul tepi Chung King Mansion. I highly doubt kalau orang perasan ke tak. Haha. Mall ni ala ala Pertama Kompleks atau tinggi sikit je level underground market kat area Myeongdong tu. A bit dodgy tapi barang cheaper. I even did upper lip threading here. Ala ala tak puas hati kenapa note hkd masih banyak. #orangadoado

Bila dah betul betul lapar baru start google kat mana nearest halal restaurant. And again we ended up kat Ebeneezer's macam masa kami naik Ngong Ping Cable Car sebelum tu 

Tapi kali ni terkejut tengok size restoran ni. Kecik & padat. Every space yang ada dorang ada takkan dibazirkan. Restoran ni pulak macam rendah dari jalan raya. So kena turun few steps of tangga dan kebetulan meja yang kosong untuk dua orang hanyalah betul betul tepi tangga. Rasa awkward & panic tengok style macam ni. Share table tu dah takla rasa pelik tapi dekat sangat. Kakjem besa oi.



Tapi kesedapan menu menu dia memang takleh sangkal. Memang kena dengan tekak kitorang. Ok la kan untuk last meal kitorang kat Hong Kong. After a while kitorang balik ke guesthouse, taxi pun dah ada. Terus ke airport dan perabiskan lagi hkd notes kat Disneyland punya kedai. hehehe.

Flight was on time. Penuh & panas. Kedekut gila pilot & pekerja dia semua. Aircond macam angin biasa je tanpa rasa sejuk. Hati pun agak panas selama 4 jam. Cubaan tidur gagal, cubaan tengok RM juga gagal sebab tak selesa. Melanguk je sampai sudah. Alhamdulillah selamat pergi dan selamat balik. 

To be honest, this trip was not one of my favourite trip but I'm glad I have made it. Bukanlah semua yang negatif datang dari kawan kawan yang baru join tu. Mungkin taste tak sama. Tujuan holiday tak sama & mungkin juga tuan tanah yang rasa extra annoyed bila dorang tak ikut plan yang dah dirancang awal. Improvisation gagal. Communication juga gagal.  Tapi ada je yang good memories spent with them. 


Nah kakjem tempek satu gambar kitorang bersama. kihkihkihkih

Rough total expenses spent kat Macau & Hong Kong (1 person)

Transportation: HKD223
Octopus Card + Reload: HKD150
Ferry Return Tickets: HKD322
Hotel in Macau: HKD305 for 1 night
Guesthouse in HK: HKD940 for 4 nights
Macau Tower: HKD135
Sim Card: HKD88
Entrances kat HK: HKD820 
Alas Perut: HKD638
Shopping: #entahberapabanyaktahkakjemperabis

Kalau exclude shopping, roughly expenses tuan tanah untuk trip tu dalam RM1500+. Berlebih pun since hari 2nd last day tu dah ada acara pulangkan balik duit masing masing. It depends pun sebenarnyakan. Ada orang tend to spend a lot while on vacation. Ada juga yang tak suka naik teksi while on vacation. Rela jalan kaki sepanjang 5km. kihkihkih. Dan ada  juga orang bawak luggage 6kg pergi Korea. Kalaulah ada first time yang nak pergi travel tu, dont hesitate. Spend within your budget tapi bersederhana. Sebab vacation ni memang seronok tapi tunggu la lepas balik, takkan nak makan keychain & fridge magnets ye tak? 

Have a good day everyone! xoxo